Teks: Anie Alja
Zaman berubah, Fitrah anak sama.
Cerita terbaru yang sedang tular dalam media sosial adalah kisah seorang cikgu yang dihadapkan ke mahkamah kerana menjalankan tugasnya sebagai seorang pendidik. Beliau didakwa kerana mendenda seorang pelajar sekolah atas kesalahan menghidu gam, membuli kawan-kawan serta ponteng sekolah. Pelajar terbabit juga dipercayai mempengaruhi pelajar lain atas sikap buruknya.
Alhamdulillah, kes ini selesai dengan memihak kepada Cikgu Azizan. Walaupun tidak mengenalinya, saya rasa bersyukur beliau tidak didakwa dan dijatuhkan hukuman atas kesalahan membentuk seorang anak rebung. Memang itulah tugas seorang pendidik.
...
Didik anak mengikut zaman
Ramai mak ayah keliru mengambil nasihat popular ini. Setahu saya, zaman yang dimaksudkan di sini adalah pendekatan ilmu, gaya hidup dan teknologi yang mengelilingi anak- anak moden.
Jika dulu mak ayah mengajar anak menoreh getah untuk mencari rezeki, sekarang tidak lagi. Jika dulu mak ayah seharian di rumah menunggu kita balik dari sekolah, sekarang dunia berbeza, anak sama sibuk seperti mak ayah. Keluar subuh dan balik petang, adakalanya hingga ke malam buta sebab hadir ke kelas tuisyen.
Jika dulu mak ayah mengajar anak menoreh getah untuk mencari rezeki, sekarang tidak lagi. Jika dulu mak ayah seharian di rumah menunggu kita balik dari sekolah, sekarang dunia berbeza, anak sama sibuk seperti mak ayah. Keluar subuh dan balik petang, adakalanya hingga ke malam buta sebab hadir ke kelas tuisyen.
Zaman tablet berbeza dengan waktu kita dibesarkan, tetapi tidak bermaksud nilai kemanusiaan dan akhlak anak harus diperjudikan atas alasan zaman sudah berubah.
Bukan bermaksud, fitrah anak-anak yang memerlukan bimbingan, didikan dan teguran ditolak tepi atas alasan zaman sudah moden. Bukan bermakna, anak-anak yang diulit gadget tidak memerlukan mak ayah yang wajib memantau aktiviti mereka atas alasan zaman kita berbeza.
Bukan bermaksud, fitrah anak-anak yang memerlukan bimbingan, didikan dan teguran ditolak tepi atas alasan zaman sudah moden. Bukan bermakna, anak-anak yang diulit gadget tidak memerlukan mak ayah yang wajib memantau aktiviti mereka atas alasan zaman kita berbeza.
...
Didik Anak Gaya Kolot
Anak-anak saya dalam generasi Z, dikenali dengan gelaran Generasi Melinium di mana hidupnya dikelilingi teknologi canggih. Ya betul, mereka lebih bijak daripada saya dari segi gadget tetapi mereka tetap anak-anak yang ada fitrahnya. Mereka perlu ditegur, dinasihati, dijentik dan diberi amaran berulangkali agar faham cara hidup dalam dunia realiti.
Pandai gadget macam mana pun, bilik sendiri kena kemas. Jangan harap mak ayah atau pembantu rumah. Canggih macam mana pun pergi tuisyen pagi petang, hari minggu basuh kasut sekolah dan bantu buat kerja rumah, angkat sampah dan menyapu.
Ya, saya didik anak mengikut zamannya. Saya beri gadget, dedahkan mereka dengan ilmu sezaman tetapi mereka adalah anak-anak yang perlukan bimbingan, dijentik bila perlu untuk menjadi manusia berakhlak dan bertanggungjawab.
Nilai ini merentasi masa, walaupun dari mana zaman anak dilahirkan. Tip ringkas besarkan anak sepanjang zaman:
• Pengisian Agama. Solat dan Quran adalah makanan jiwa. Isi jiwa anak-anak dengan amalan ini sejak kecil. Duduklah New York, makan gadget atau tidur gadget sekalipun, pendidikan agama adalah wajib.
• Akhlak dan Disiplin. IQ dan bakat adalah anugerah tuhan, tetapi akhlak dan disiplin adalah tanggungjawab mak ayah. Harus bermula dari rumah bukan taska dan bukan sekolah. Jangan subcont tugas ini pada maid, guru atau PM Malaysia.
• Tanggungjawab. Budak-budak hari ini cakap besar sebab kasut sekolah dibasuh nenek. Beratkan bahu anak dengan tanggungjawab di sekolah dan rumah. Fitrah manusia, bila bahu terbeban, mulut otomatik terdiam.
• Expectation. Ini amalan mak ayah luar negara, sebelum anak keluar rumah, diberitahu akan jangkaan mak ayah ke atas mereka. “Dah masuk sekolah, jangan bawa perangai buruk dari rumah. Dah pergi rumah jiran, jangan buat perangai tak semenggah.”
• Anakmu, anakku jua. Nilai gotong-royong mendidik anak yang diamalkan oleh mak ayah lama. Sama-sama menjadi mata-mata gelap mak ayah lain demi menjaga keselamatan anak. Berlapang dada jika jiran mengadu, ambil masa untuk menyelidik. Jangan defensif tak tentu hala.
• Didik dengan ilmu. Zaman berubah tetapi fitrah anak-anak tetap sama. Zaman berbeza dan cabaran hidup semakin tinggi, jadi didik anak dengan ilmu. Antaranya ilmu komunikasi, belajar mendengar sebelum anak pinjam telinga orang lain.