Teks: Anie Alja
Keselamatan vs berdikari
Kita boleh ajar anak berdikari tanpa memperjudikan keselamatan mereka. Antara isu keselamatan dan berdikari adalah dua perkara yang berbeza.
Suruh anak bawah usia 12 tahun beli maggi kat kedai mamak depan rumah melibatkan isu keselamatan. Tapi ajar anak basuh pinggan lepas makan maggi adalah isu berdikari.
Arah anak ikut kawan ke kelas tuisyen naik bas adalah isu keselamatan. Tapi minta anak besar ajar adik-adik kat rumah buat kerja sekolah adalah isu didikan dan amanah.
Minta anak pergi kedai dobi seberang jalan adalah isu keselamatan. Tapi minta anak lipat baju, sidai baju dan simpan baju adalah isu berdikari.
Anak-anak masih selamat walaupun membantu kita buat kerja rumah. Masih selamat walaupun menolong adik-adik siapkan kerja sekolah. Masih selamat walaupun diberi tanggungjawab sebagai ahli keluarga.
Jangan handicap anak-anak kita atas isu keselamatan, mereka perlu belajar untuk hidup tanpa kita kelak.
...
Keselamatan
Kawal ketat isu keselamatan anak-anak ketika berada di sekolah. Pesan pada mereka agar sentiasa berada di kawasan sekolah apabila terlepas bas atau menunggu mak ayah yang kelambatan.
Kawal anak ke pusat tuisyen. Hantar dan ambillah mereka atau carpool dengan jiran atau kawan. Jangan bebas pergi sendiri.
Ajar anak isu safety dalam rumah. Asas keselamatan seperti jangan sentuh cerek atau tarik alas meja. Rumah acik tak pernah ada alas meja sampai anak besar. Jangan sentuh power point dengan tangan basah.
Isu keselamatan di taman permainan. Jangan usik kaca atau jarum yang ditinggalkan orang. Jangan bercakap dengan orang tak kenal. Jangan ikut orang offer cokelat atau eskrim.
Isu keselamatan apabila anak ditinggalkan di rumah tanpa orang dewasa. Apa yang mereka boleh buat, dos and dons. Jangan buka api kat dapur. Jangan jadi McGyver, makan dan duduk dalam bilik tv, minimum try n error.
...
Berdikari
Ajar anak angkat pinggan makan sendiri. Akhlak ini tidak ada kena mengena dengan keselamatan kecuali anak makan pinggan Royal Doulton. Pecah kalu, boleh pengsan maknya.
Ajar anak set up table untuk makan dan kemas selepas makan. Rutin ini boleh diberikan pada anak-anak sejak mereka sekolah tadika. Ambil pusingan, siapa kemas dan siapa set meja. Angkat teko berisi air panas adalah isu keselamatan, biar mak atau abah yang buat.
Kemas bilik, cuci tandas, buang sampah dan sapu rumah boleh anak-anak bantu. Mereka pun ahli keluarga, kena ajar adab hidup dalam komuniti. Prihatin dan ajar anak tentang tugas yang diberikan kepadanya. Monitor.
Plastik sampah yang mana satu. Penyapu yang mana satu; antara dalam dan luar rumah. Penggunaan pencuci adalah isu keselamatan, mak ayah kena prihatin. Jangan letak klorox di tempat senang capai.
Ramai anak kita cacat atas isu keselamatan, padahal banyak perkara mereka boleh buat. Jangan cacatkan anak-anak kita.
No comments:
Post a Comment
Thanks