Pages

Thursday, 4 January 2018

Fitrah Sama, Zaman Berubah

Teks: Anie Alja
Zaman berubah, Fitrah anak sama.




Cerita terbaru yang sedang tular dalam media sosial adalah kisah seorang cikgu yang dihadapkan ke mahkamah kerana menjalankan tugasnya sebagai seorang pendidik. Beliau didakwa kerana mendenda seorang pelajar sekolah atas kesalahan menghidu gam, membuli kawan-kawan serta ponteng sekolah. Pelajar terbabit juga dipercayai mempengaruhi pelajar lain atas sikap buruknya.
Alhamdulillah, kes ini selesai dengan memihak kepada Cikgu Azizan. Walaupun tidak mengenalinya, saya rasa bersyukur beliau tidak didakwa dan dijatuhkan hukuman atas kesalahan membentuk seorang anak rebung. Memang itulah tugas seorang pendidik.
...

Didik anak mengikut zaman
Ramai mak ayah keliru mengambil nasihat popular ini. Setahu saya, zaman yang dimaksudkan di sini adalah pendekatan ilmu, gaya hidup dan teknologi yang mengelilingi anak- anak moden.
Jika dulu mak ayah mengajar anak menoreh getah untuk mencari rezeki, sekarang tidak lagi. Jika dulu mak ayah seharian di rumah menunggu kita balik dari sekolah, sekarang dunia berbeza, anak sama sibuk seperti mak ayah. Keluar subuh dan balik petang, adakalanya hingga ke malam buta sebab hadir ke kelas tuisyen.
Zaman tablet berbeza dengan waktu kita dibesarkan, tetapi tidak bermaksud nilai kemanusiaan dan akhlak anak harus diperjudikan atas alasan zaman sudah berubah.
Bukan bermaksud, fitrah anak-anak yang memerlukan bimbingan, didikan dan teguran ditolak tepi atas alasan zaman sudah moden. Bukan bermakna, anak-anak yang diulit gadget tidak memerlukan mak ayah yang wajib memantau aktiviti mereka atas alasan zaman kita berbeza.
...

Didik Anak Gaya Kolot
Anak-anak saya dalam generasi Z, dikenali dengan gelaran Generasi Melinium di mana hidupnya dikelilingi teknologi canggih. Ya betul, mereka lebih bijak daripada saya dari segi gadget tetapi mereka tetap anak-anak yang ada fitrahnya. Mereka perlu ditegur, dinasihati, dijentik dan diberi amaran berulangkali agar faham cara hidup dalam dunia realiti.
Pandai gadget macam mana pun, bilik sendiri kena kemas. Jangan harap mak ayah atau pembantu rumah. Canggih macam mana pun pergi tuisyen pagi petang, hari minggu basuh kasut sekolah dan bantu buat kerja rumah, angkat sampah dan menyapu.
Ya, saya didik anak mengikut zamannya. Saya beri gadget, dedahkan mereka dengan ilmu sezaman tetapi mereka adalah anak-anak yang perlukan bimbingan, dijentik bila perlu untuk menjadi manusia berakhlak dan bertanggungjawab.

Nilai ini merentasi masa, walaupun dari mana zaman anak dilahirkan. Tip ringkas besarkan anak sepanjang zaman:

• Pengisian Agama. Solat dan Quran adalah makanan jiwa. Isi jiwa anak-anak dengan amalan ini sejak kecil. Duduklah New York, makan gadget atau tidur gadget sekalipun, pendidikan agama adalah wajib.

• Akhlak dan Disiplin. IQ dan bakat adalah anugerah tuhan, tetapi akhlak dan disiplin adalah tanggungjawab mak ayah. Harus bermula dari rumah bukan taska dan bukan sekolah. Jangan subcont tugas ini pada maid, guru atau PM Malaysia.

• Tanggungjawab. Budak-budak hari ini cakap besar sebab kasut sekolah dibasuh nenek. Beratkan bahu anak dengan tanggungjawab di sekolah dan rumah. Fitrah manusia, bila bahu terbeban, mulut otomatik terdiam.

• Expectation. Ini amalan mak ayah luar negara, sebelum anak keluar rumah, diberitahu akan jangkaan mak ayah ke atas mereka. “Dah masuk sekolah, jangan bawa perangai buruk dari rumah. Dah pergi rumah jiran, jangan buat perangai tak semenggah.”

• Anakmu, anakku jua. Nilai gotong-royong mendidik anak yang diamalkan oleh mak ayah lama. Sama-sama menjadi mata-mata gelap mak ayah lain demi menjaga keselamatan anak. Berlapang dada jika jiran mengadu, ambil masa untuk menyelidik. Jangan defensif tak tentu hala.

• Didik dengan ilmu. Zaman berubah tetapi fitrah anak-anak tetap sama. Zaman berbeza dan cabaran hidup semakin tinggi, jadi didik anak dengan ilmu. Antaranya ilmu komunikasi, belajar mendengar sebelum anak pinjam telinga orang lain.

Keselamatan VS Berdikari

Teks: Anie Alja
Keselamatan vs berdikari



Kita boleh ajar anak berdikari tanpa memperjudikan keselamatan mereka. Antara isu keselamatan dan berdikari adalah dua perkara yang berbeza.
Suruh anak bawah usia 12 tahun beli maggi kat kedai mamak depan rumah melibatkan isu keselamatan. Tapi ajar anak basuh pinggan lepas makan maggi adalah isu berdikari.
Arah anak ikut kawan ke kelas tuisyen naik bas adalah isu keselamatan. Tapi minta anak besar ajar adik-adik kat rumah buat kerja sekolah adalah isu didikan dan amanah.
Minta anak pergi kedai dobi seberang jalan adalah isu keselamatan. Tapi minta anak lipat baju, sidai baju dan simpan baju adalah isu berdikari.
Anak-anak masih selamat walaupun membantu kita buat kerja rumah. Masih selamat walaupun menolong adik-adik siapkan kerja sekolah. Masih selamat walaupun diberi tanggungjawab sebagai ahli keluarga.
Jangan handicap anak-anak kita atas isu keselamatan, mereka perlu belajar untuk hidup tanpa kita kelak.
...
Keselamatan
Kawal ketat isu keselamatan anak-anak ketika berada di sekolah. Pesan pada mereka agar sentiasa berada di kawasan sekolah apabila terlepas bas atau menunggu mak ayah yang kelambatan.
Kawal anak ke pusat tuisyen. Hantar dan ambillah mereka atau carpool dengan jiran atau kawan. Jangan bebas pergi sendiri.
Ajar anak isu safety dalam rumah. Asas keselamatan seperti jangan sentuh cerek atau tarik alas meja. Rumah acik tak pernah ada alas meja sampai anak besar. Jangan sentuh power point dengan tangan basah.
Isu keselamatan di taman permainan. Jangan usik kaca atau jarum yang ditinggalkan orang. Jangan bercakap dengan orang tak kenal. Jangan ikut orang offer cokelat atau eskrim.
Isu keselamatan apabila anak ditinggalkan di rumah tanpa orang dewasa. Apa yang mereka boleh buat, dos and dons. Jangan buka api kat dapur. Jangan jadi McGyver, makan dan duduk dalam bilik tv, minimum try n error.
...
Berdikari

Ajar anak angkat pinggan makan sendiri. Akhlak ini tidak ada kena mengena dengan keselamatan kecuali anak makan pinggan Royal Doulton. Pecah kalu, boleh pengsan maknya.
Ajar anak set up table untuk makan dan kemas selepas makan. Rutin ini boleh diberikan pada anak-anak sejak mereka sekolah tadika. Ambil pusingan, siapa kemas dan siapa set meja. Angkat teko berisi air panas adalah isu keselamatan, biar mak atau abah yang buat.
Kemas bilik, cuci tandas, buang sampah dan sapu rumah boleh anak-anak bantu. Mereka pun ahli keluarga, kena ajar adab hidup dalam komuniti. Prihatin dan ajar anak tentang tugas yang diberikan kepadanya. Monitor.
Plastik sampah yang mana satu. Penyapu yang mana satu; antara dalam dan luar rumah. Penggunaan pencuci adalah isu keselamatan, mak ayah kena prihatin. Jangan letak klorox di tempat senang capai.
Ramai anak kita cacat atas isu keselamatan, padahal banyak perkara mereka boleh buat. Jangan cacatkan anak-anak kita.

Anak Bosan


Teks: Anie-Alja
Anak Bosan


Ramai mak ayah moden rasa bertanggungjawab untuk membahagiakan anak-anak. Out of guilty syndrome, mulalah kita himpun segala kemahuan di hadapan mata anak-anak.
Bila mak ayah mula ada rasa ini, anak akan mula beraksi seperti tuan. Kita pula dah terbalik menjadi anak-anak menuruti kehendak mereka. Anak tak suka ini, kita turutkan. Anak tak suka itu, pun kita turutkan. Mungkin juga berpunca daripada kekangan masa bersama mereka, lantas sedaya upaya kita cuba mengalah dan mengikut kata anak.
Anak kita bijak, bila dia dah tahu kelemahan mak ayah, dia akan gunakan dengan sebaik mungkin. Ingat, manusia sifatnya pentingkan diri kecuali bila dah berakal. Jadi, mak ayah kena prihatin bila anak mula mengulangi paten yang sama untuk dapatkan kemahuannya.

Bila anak bosan, apa perlu buat?

* belajar buat bodo. Buat-buat tak dengar. Buat-buat sibuk takde masa nak melayan dia.
* beri dia house chores. Bosan kan? Banyak masa nak rasa bosan, tolong lap tingkap.
* bosan adalah pra-syarat kreativiti. Bertabah kejap sampai anak mencari benda untuk menghiburkan dirinya.
* mak suri rumah banyak kerja. Memang sakit jiwa bila anak mengaku bosan. Ajak dia masuk dapur.
* beri tugas luar biasa bersama upah. Selalu hantar kereta ke carwash, tapi berikan pada anak dan beri upah.
...

Kegembiraan anak bukan tanggungjawab mak ayah, get things right. Tugas kita mencukupkan keperluan dan menjaga amanah untuk mendidik mereka.

Pursuit of happiness come within oneself. We are not obliged to make them happy, just make sure they are safe and healthy.

Kuasa Pilihan

Teks: Anie Alja
Kuasa Pilihan


Pilihan adalah sebuah kuasa. Bila sebut kuasa, ia harus diberikan pada mereka yang berakal. Bila sebut berakal, anak dalam usia 2-4 tahun, berakal atau tidak?
Isunya, bila anak umur begitu ditanya, nak mandi ke tak, nak kencing ke tak, nak tidur ke tak, nak makan ke tak, inilah punca anak diberi kuasa yang tidak padan dengan kebolehannya berfikir.
Betul, pilihan memberi anak rasa dia berkuasa tapi soal balik diri kita, untuk apa? Pilihan pada waktu ini tidak menjadikan anak itu konpiden. Pada peringkat awal begini anak tidak perlu kualiti konpiden dalam diri, dia perlu rasa dikawal mak ayah. Ia proses taat seorang anak kepada orang tua.
Bila proses taat ini digantikan dengan kualiti konpiden, kita lihat ramai anak tadika boleh menengking mak ayah yang tidak ikut kemahuannya. Mak ayah tidak mampu kontrol anak sendiri di tempat awam. Mak ayah hilang taring bila anak memberontak tidak mahu mandi.

....

Ini kisah kami naik kapal terbang AA dalam perjalanan pulang dari Perth.
Seorang Ibu Asian mendukung anak dalam usia 4-5 tahun yang tidak mahu berjalan dan tidak mempunyai pram. Anak itu melalak di sepanjang pintu masuk kawalan imegresen. Daripada pemerhatian, memang ibunya lost control.
Bila sedang menunggu, kami terdengar ibunya memarahi seseorang. Rupanya, dia ditegur oleh seorang bapa matsalleh agar anaknya dikawal di tempat awam agar tidak menganggu orang lain. Pada pandangan orang keliling, anak itu jelas normal.
Dalam hati kami, 'janganlah duduk dalam plane yang serupa'. Sekali bang!!, dia duduk bebetul belakang Cik D. Anak lelaki acik yang mula-mula menyedarinya dan beri hint, 'budak tu belakang kita'. Habiss laaa.... ðŸ˜¥ðŸ˜¥ðŸ˜¥
Belum apa-apa drama pun bermula. Dia menendang tempat duduk di depannya macam punching bag. Cik D dah naik hijau. Melalui celah tempat duduk, acik beri isyarat supaya behave. Nampak muka anak itu berubah dan mengadu pada emaknya, mungkin(dia bertutur dalam bahasa ibunda).
Dia keluar berjalan dan menjerit mencari auntienya yang duduk di seberang sana, riuh rendah dalam kapal sebelum berlepas. Agaknya, atas dasar prihatin mak itu serba-salah atau tahu orang keliling sangat terkesan dengan perangai si anak lalu minta kebenaran krew untuk mencari seat paling belakang.
Mereka pun pindah daripada seat asal. Huh, betapa leganya hati kami...huhu.
...

Baik. Ramai mak moden dan edukated akan menuduh orang keliling tak prihatin pada keperluan anaknya. Ramai akan marah menuduh orang lain tak simpati, mungkin anak ada ADD atau ADHD, Autism dan sebagainya.
Apa pun alasan kita dan kondisi anak itu, ia bukan syarat untuk kita lepas tangan dalam membentuk anak-anak. Ia bukan alasan untuk orang lain, mungkin juga ada keperluan lain untuk sentiasa memahami keadaan kita, nak-nak di tempat awam.
Dalam kes di atas ni, I can simply concluded, mak anak tu tak pernah kata TAK pada si anak. Bukan sebab anak tu tak normal whatsoever.
...
Anak usia bawah tadika, ada tiga perkara mereka harus tahu seperti yang dikongsi oleh Islamik page bebaru ini. Ia sama seperti parenting mak Perancis.
*arahan
*tanggungjawab
*adab
Pilihan bukan satu daripadanya.